Kelah Emas Sabah

Ikan Emas atau dikenali sebagai ikan Kelah yang popular di Sabah menjadi tarikan pemancing. Ikan dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini. Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Namun, anda tidak perlu risau lagi untuk memamcing ikan emas kerana ianya ada di Malaysia, Sabah. Namun cara untuk mendapatkan ikan ini tidaklah semudah yang disangkakan.

Umpan yang sesuai untuk ikan ini adalah kelapa sawit. Tidak dapat dinafikan apabila menyebut umpan ikan maka sawit yang pertama sekali disebut. I mula menjadi salah satu dietnya apabila ada campur tangan pemancing setelah berpuluh tahun lamanya. Buah kelapa sawit yang menjadi pilihan kelah ialah kelapa sawit yang masak atau yang telah diperam. Selain daripada itu, buah-buahan hutan. Ikan yang sangat suka kepada pelbagai jenis buah-buahan hutan. Kebanyakkan buah hutan ini berbuah mengikut musim yang berbeza-beza. Buah popular yang kita dapat lihat di dalam hutan ialah buah kelapa sawit. Ianya antara umpan yang sesuai untuk ikan ini kerana sifatnya yang lembut. Akhir sekali, gewang. Pemancing perlu tahu untuk memlilih gewang yang sesuai untuk menangkap ikan emas ini dan pastikan gewang yang digunakan hendaklah sama warna dengan buah sawit.