Tips Memancing Di Kolam

Jika anda seorang yang baru belajar untuk memancing, maka kolam merupakan tempat yang paling sesuai. Hal ini kerana, terdapat ikan banyak di setiap kolam dan keberangkalian untuk dapat ikan sangat tinggi. Justeru itu, mari kita lihat tips untuk memancing di kolam.

  1. Lengkapkan alat atau umpan yang belum dipasang. Anda disyorkan untuk meminta bantuan kepada yang pakar. Pilihlah Reel atau Joran yang sesuai ia memainkan peranan yang penting untuk para pemancing menangkap ikan. Tidak semua ikan menggunakan joran atau reel yang sama.
  2. Tali pancing juga merupakan salah satu perkara penting dalam penyediaan barang pancing. Tali pancing yang diperbuat daripada bahan nilon dan campuran benang amat diperlukan jika menggunakan Teknik bottom.
  3. Memilih umpan yang sesuai untuk ikan yang ingin ditangkap. Umpan yang dipakai untuk air tawar ialah cacing, cengkerik dan sejenisnya. Umpan untuk ikan air masin pula adalah udang, sotong, dan banyak lagi.
  4. Menggunakan pelampun pancing. Memilih pelampung pancing tidaklah serumit yang dijangkakan. Seperti yang digunakan para pemancing, pelampung pancing ini digunakan untuk mengetahui kehadiran ikan dan lagi tepat. Ada juga yang meletakkan chemical light (foster) jika pada waktu malam untuk mengetahui joran bergerak.
  5. Tarikkan joran jika dapat ikan. Anda perlu merasai sensasi dan bergrakan ikan yang dipancing. Jika ikan termakan umpan maka gulungan yang lincah perlu dilakukan. Namun tarikan tersebut jangan sampai terlepas ikan. Ada masa kita perlu ikan laluan ikan dan biarkan ikan tersebut penat dan Tarik ikan ke dasar.

Tips di atas dapat membantu serba sedikit kepada para pemancing. Namun, setiap pemancing ada teknik tersendiri untuk menangkap ikan. Tips di atas boleh digunakan sebagai pengetahuan am terutamanya kepada pemancing baru.