Pulau Jarak terletak lebih kurang 34km menghala ke arah Barat Daya bandar Lumut, di negeri Perak. Pulau ini merupakan sebuah kawasan perairan pulau kecil dengan luas 8 hektar dan setinggi 50m dari paras laut. Pulau Jarak sinonim sebagai salah sebuah lokasi bagi kaki pancing dan peminat aktiviti skuba kerana kekayaan sumber tumbuhan dan batu karang yang menjadi habitat ikan di kawasan perairan pulau ini.
Spesies ikan yang sering menjadi buruan bagi setiap kaki pancing ke kawasan ini ini ialah spesis ‘game fish’. Pemancing boleh memancing di sekitar pulau dengan Trevally, Kakap, Barakuda, Ikan layar dan banyak lagi. Ikan pelagis, yang berenang di tiang air selalunya akan diburu oleh ikan layar. Walau bagaimanapun akan ada masanya spesies seperti GT, Kerapu dan Jenahak akan termakan umpan yang telah disiapkan pemancing. Pada waktu malam pula, pemancing boleh menangkap ikan di bawah lampu di bawah kapal yang disewa. Setelah bertungkus-lumus dengan aktiviti memancing pada siang hari, kaki pancing pastinya tidak akan kecewa dengan aktviti memancing di sebelah malam.
Dapatlah disimpulkan bahawa lubuk-lubuk di sekitar perairan Pulau Jarak ini hampir kesemuanya masih berpenghuni sekaligus menunjukkan perairan ini sangat produktif dan mampu menghasilkan ikan-ikan yang berkualiti. Jika berhasrat untuk melakukan aktiviti ‘slow jigging’, perairan Pulau Jarak wajib anda kunjungi.