Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kaki pancing untuk menggunakan pelbagai jenis haiwan sebagai umpan seperti ikan kecil, udang ataupun sotong semasa mereka memancing. Katak juga tidak terkecuali. Namun topik kita pada hari ini memfokuskan penggunaan umpan katak plastik dalam aktiviti memancing kerana penggunaan katak hidup mungkin bukanlah idea yang bagus untuk anda yang merupakan seorang penggeli.
Terdapat beberapa tips yang boleh penulis kongsikan ketika menggunakan katak sebagai umpan. Pertama dan yang paling penting ialah anda hendaklah memilih jenis katak plastik yang sesuai dengan lokasi memancing. Katak plastik yang mempunyai timah dibawah bahagian badannya adalah lebih sesuai digunakan di kawasan heavy cover seperti sungai. Fungsi timah pada badan katak plastic ini adalah sebagai pemberat yang memungkinkan potensi untuk membuat lontaran jauh manakala blade/spinner yang ada pada katak ini mampu memberatkan gewang,
Penggunaan katak plastik yang dipasangkan buzzbait amat baik dalam menghasilkan bunyi bising untuk menggangu dan menarik perhatian ikan-ikan yang mendiami kawasan lapang seperti tasik atau lombong terbiar. Bukan itu sahaja, katak plastic lembut digunakan di kawasan ini kerana ikan-ikan ini tidak begitu bersungguh apabila membaham umpan atas air. Untuk mendapatkan katak plastic yang terbaik anda bolehlah memilih jenama Tackles yang menyajikan pelbagai jenis umpan katak plastic