Jenis Joran Yang Sesuai Digunakan

Joran yang berfungsi dengan amat baik memungkinkan kita mendapat habuan yang besar semasa memancing. Maka tidak hairanlah salah satu kos yang dikira paling mahal dalam aktiviti memancing ialah pemilihan joran yang terbaik bagi seseorang individu. Terdapat variasi joran yang boleh dipilih bergantung dengan kawasan yang dipilih sebagai tempat memancing.

Pertama, joran jenis ice fishing selalunya popular dalam kalangan kaki pancing di kawasan kolam dan sangat sesuai digunakan sebagai senjata semasa mencabar jenis ikan pemangsa seperti keli, tilapia dan belanak. Jenis kedua ialah joran baitcasting yang sering digunakan apabila memancing di tempat yang sempit seperti di kawasan berpaya atau sungai. Joran ini juga dikatakan sesuai digunakan untuk memancing ikan di perairan keruh.

Seterusnya ialah joran jenis spinning yang sering digunakan untuk memancing ikan-ikan besar di laut. Joran ini mempunyai rel spinning dan sering digunakan dengan teknik casting. Jenis seterusnya pula ialah joran trolling yang sering digunakan apabila menggunakan teknik trolling iaitu teknik memancing ikan dengan cara membawa umpan di atas kapal dengan kelajuan sama. Akhir sekali ialah penggunaan joran antenna yang paling banyak digunakan oleh kaki pancing kerana paling mudah digunakan. Joran ini juga disifatkan oleh kaki pancing sebagai mudah membawanya dan mengatur kepanjangan joran adalah mengikut cita rasa penggunanya kerana joran antena boleh disambung sesuka hati.