Rod Red Sea Keluaran shinju

Teknik jigging adalah satu teknik memancing ikan dengan menggunakan umpan palsu (jig) yang dilempar ke permukaan air. Terdapat 2 jenis kaedah untuk jigging iaitu vertical jigging dan jig cast. Perbezaan bagi kedua kaedah ini ialah vertical jigging lebih banyak digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar manakala jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang berada di pertengahan atau di permukaan air.

          Semasa menggunakan teknik jigging, anda digalakkan untuk menggunakan rod ataupun joran yang agak ringan, kuat dan bersesuaian dengan lokasi dan kedalaman kawasan pancingan. Selain itu gaya persembahan jig juga memainkan peranan untuk membuka selera ikan menghentam jig.

          Penulis tertarik untuk berkongsi pengalaman menggunakan rod Red Sea keluaran Shinju. Rod ini telah saya gunakan baru-baru ini semasa memancing di Hulu Langat Fishing Resort. Walaupun teknik jigging tidak saya gunakan semasa memancing di kolam ini, dapat saya sarankan bahawa rod ini amat sesuai digunakan untuk teknik jigging kerana sifat rod ini yang ringan, kuat dan tahan. Saya telah Berjaya menaikkan beberapa spesis ikan dengan menggunakan rod ini.

          Rod Red Sea ini merupakan sebuah rod jenis jigging dan di hadiri dengan satu warna sahaja iaitu merah. Harganya pula bermula serendah RM200-RM350. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rod ini, anda bolehlah berkunjung ke kedai Tackles berdekatan anda.