Ikan Jenahak

          Ajiking Bakun merupakan sebuah rod jenis casting dengan kepanjangan 6 kaki lebih. Rod ini hadir dengan 2 jenis warna iaitu hitam dan hijau. Harganya pula bermula dengan RM100.00 dan boleh mencecah sehingga RM150. Pada kali ini, penulis menggunakan rod Ajiking Bakun bewarna hitam dengan kekuatan Joran 2-6 lbs dipadankan dengan mesin Wahoo Pro 7x bewarna merah yang juga merupakan salah satu ‘line up product’ daripada Ajiking.

          Semasa menggunakan rod ini, saya berjaya menaikkan ikan seberat 1.2kg dengan senang dan yakin. Dapat saya simpulkan kebanyakan ikan yang saya berjaya tewaskan merupakan spesis ikan yang mempunyai berat yang agak lumayan juga. Antara ikan-ikan yang telah ditumpaskan oleh saya menggunakan rod ini ialah dari spesis Siakap dan Talapia. Saya pasti rod ini boleh menundukkan spesis ikan yang lain terutamanya ikan yang bersifat agresif seperti ikan Jenahak, Siakap Merah dan banyak lagi. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rod ini, anda bolehlah berkunjung ke kedai TCE Tackles berdekatan anda. Saya yakin rod ini akan memberikan kepuasaan kepada anda sebagai pengguna.