Perbezaan Set Up Teknik Jigging Dan Casting

          Pelbagai artikel telah saya hasilkan dan salah satu topik yang sering dibincangkan adalah berkenaan teknik pancingan jigging dan juga casting yang selalu menjadi kegemaran kaki pancing. Kemungkinan besar masih ramai terutamanya pemula yang ingin mengetahui perbezaan dua teknik ini terutamanya dari segi penyediaan peralatan. 

Perbezaan pertama sudah semestinya kita dapat lihat dari segi pemilihan joran yang mana joran jigging selalunya perlu halus dan ringan tapi dalam masa yang sama tahan lasak. Bagi joran casting pula joran yang digunakan selalunya bergantung kepada bahan yang digunakan, misalnya jika diperbuat dari carbonfiber, joran casting lebih rapuh jika dibandingkan dengan joran fiberglass yang lebih kuat dan sukar patah. Selain itu, kedudukan kekili pada joran pulak berbeza bagi joran jigging dan casting, untuk joran jigging lebih jauh ketengah dan untuk joran casting pulak dekat dengan hujung joran. 

Perbezaan seterusnya dapat dilihat dari segi pemilihan kekili atau reel. Kesesuaian reel yang digunakan untuk teknik jigging selalunya bergantung dengan berat jig yang digunakan. Semakin berat jig yang anda gunakan maka akan semakin besar kekili yang digunakan. Berbeza dengan kekili teknik casting yang bergantung kepada jenis reel yang digunakan sama ada jenis baitcasting atau spinning.

Perbezaan lain yang boleh dibuat perbandingan ialah peralatan lain yang digunakan bagi kedua teknik ini. Bagi teknik jigging selalunya peralatan lain yang turut serta dalam senarai keperluan ialah jig, assist hook, penggunaan tali sulam sebagai tali utama dan shock leader. Teknik casting pula memerlukan gewang, tali tangsi atau mono sebagai tali utamanya, perambut, mata kail, split ring dan snap.