Perubahan fasa memancing iaitu dari kawasan kecil ke kawasan yang jauh lebih besar merupakan satu fasa yang dinantikan oleh setiap kaki pancing yang mula berjinak-jinak dengan dunia memancing. Melalui entri kali ini, penulis ingin berkongsi serba sedikit tentang teknik yang boleh diaplikasikan semasa anda mula menerokai ikan di kawasan laut.
Teknik paling asas yang boleh digunakan ialah teknik bottom fishing yang mana anda hanya memerlukan kelengkapan pancingan dasar. Seterusnya anda teruskan dengan memasang umpan yang dilepaskan ke laut dan tunggu sehingga ada ikan yang berminat untuk menyambar umpan anda. Selain itu, teknik casting juga merupakan teknik popular di laut di mana anda perlu menggunakan umpan tiruan atau lure berbentuk ikan, serangga atau binatang laut lainnya untuk mendapatkan ikan.
Teknik trolling iaitu teknik memancing ini umumnya digunakan ketika bot sedang berjalan dengan kelajuan 4-6 knot. Biasanya jarak umpan dari bot mencapai 10 hingga 30meter tergantung kepada ukuran gewang tundaan. Seterusnya pula ialah teknik surfcasting yang mana teknik ini hampir sama dengan teknik casting, namun teknik ini dilakukan dengan joran yang lebih panjang sekitar 350—450 cm. Cara mengendalikan teknik ini lebih kurang sama dengan casting iaitu melemparkan umpan sejauh-jauhnya, tapi dalam surf casting, umpan yang dilemparkan akan dibiarkan mendarat seperti memancing dasaran.
Teknik kelima ialah teknik jigging iaitu light jigging, jig tidak dihayun secara langsung ke spot yang disasarkan, melainkan dilemparkan dan dibiarkan meluncur hingga ke dasar laut secepat mungkin baru kemudian menggulung reel dengan cepat sambil disentak-sentakan.