Ikan Almaco Jack

Pada kali ini penulis akan berkongsi serba sedikit tentang salah satu jenis ikan yang berada di bawah keluarga ikan Amberjacks iaitu spesis ikan Almaco Jack. Serba sedikit tentang ikan di bawah rumpun Amberjacks ialah ianya spesis ikan sukan yang paling sering ditemui di lautan bersuhu sederhana panas. Amberjacks atau dalam panggilan tempatannya aji-aji adalah ikan Atlantik dan Pasifik dari keluarga Carangidae dan genus Seriola. Ikan Almaco Jack merupakan spesis Amberjacks yang berasal dari lautan Pasifik.

          Ikan ini signifikan dengan jalur gelap yang meluas dari hidung ke hadapan sirip dorsal mereka. Alamaco Jack juga mempunyai warna badan hijau zaitun atau kuning atau kecoklatan hitam dengan sisi perak, dan biasanya mempunyai jalur gelap yang memanjang ke atas dari mata mereka. Dari segi saiz, rekod maksimum yang pernah dicatatkan ialah Almaco Jack boleh mencapai panjang sehingga 160cm atau 62.9 inci. Dari segi rekod berat pula ikan ini mampu mencapai berat 61.6 kg yang merupakan rekod seorang lelaki Jepun iaitu Kiyofumi Masuda.

          Kebolehannya sebagai pemangsa tidak dapat dinafikan kerana ikan ini mengamalkan pemakanan dengan menjadikan sotong, ikan, dan krustasea sebagai makanan utamanya. Almaco Jack juga mengawan dan membiak di luar pesisir sepanjang tahun. Salah satu ciri yang membezakan Almaco Jack dengan spesis famili amberjacks adalah dengan cara mengira jurai insangnya.