Pada Januari dan Jun yang lepas, penulis pernah berkongsi dalam salah satu artikel tentang pengalaman semasa memancing Peacock Bass dan penggunaan gewang. Pada kali ini, masih merujuk kepada ikan yang sama tetapi fokus dialihkan kepada tajuk cara menawan ikan ini dengan menggunakan teknik yang betul.
Seperti yang kita tahu teknik casting atau mengilat ini dilakukan dengan melontar gewang ke sasaran atau kawasan terbuka, kemudian mengarau semula gewang tersebut. Namun tahukah anda terdapat teknik teknik yang berkesan untuk digunakan jika kawasan tempat anda mengilat itu terhad atau sempit. Selalunya Peacock Bass berada di kawasan lombong atau tasik-tasik yang terdapat di negara kita. Maka dapat kita simpulkan kawasan ini kawasan lapang dan teknik casting yang sesuai digunakan ialah overhead kerana kerana teknik ini memerlukan kawasan sekeliling yang agak luas. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan semasa melakukan teknik ini adalah seperti berikut:-
Pegang rod anda mengikut kesesuaian dan keselesaan tangan anda. Kemudian halakan rod kehadapan dengan gewang sedikit tergantung di hujung tip rod.
Seterusnya, tekan Thumb bar dan letakkan ibu jari diatas spool supaya gewang tidak terjatuh ke tanah/lantai.
Gerakkan rod menegak ke belakang dengan melalui atas kepala. Pastikan gewang tidak terbelit atau berpusing di bahagian tip rod.
Kemudian hayunkan rod kehadapan mengikut dan lepaskan jari anda daripada spool tersebut. Sebaik baiknya lepaskan semasa keadaan rod berada dalam keadaan menegak selari dengan badan anda.
Apabila gewang jatuh ke dalam air, karau kekili sedikit supaya thumb bar berada dalam keadaan asal.