Ikan Toman

Ikan Toman atau dikenali sebagai “giant snake head” secara global. Nama saintifik pula dikenali sebagai Channa micropeltes.  Article hari ini bertujuan nak berkongsi cara casting ikan toman menggunakan gewang atau dikenali sebagai umpan tiruan. Gewang yang digunakan kali ini berjenis action sinking. Untuk dapatkan toman, terutamanya toman bujang. Apa yang patut dibuat sebelum buat sebarang balingan adalah menentukan tempat ikan toman bertukar nafas,  area-area tempat toman bertukar nafas adalah “strike zone” yang lebih senang untuk para pemancing mendapatkan sambaran daripada ikan toman.

Untuk mainkan umpan sinking ini senang sahaja, balingkan umpan kepada tempat ikan toman bertukar nafas, biarkan umpan tenggelam 3-5 saat baru karau kekili. Bila karau tali pula, pemancing sendiri kena pastikan sama ada untuk karau laju atau karau lambat mengikut keadaan ikan tersebut dan keadaan struktur di dalam air. Jikalau struktur di dalam air byk, seharusnya lambatkan karau tali supaya tak senang sangkut,  di masa yang sama ikan toman yang keluar dari struktur tersebut sempat menyambar gewang.

Set untuk mancing toman pulak seharusnya rod action jenis heavy atau extra heavy. Panjang rod pula dicadangkan 6’6kaki hingga 7kaki supaya boleh baling lebih jauh. Mainline dicadangkan pakai 30lb atau 40lb. Leader bersaiz 40lb atau 50lb. Pemilihan untuk tali bersaiz ini adalah untuk mengelakkan tali diputuskan oleh sang toman saat  umpan dinyambar kerana sang toman menpunyai kekuatan tentangan yang amat kuat dan tali halus mudah diputuskan.

Gewang yang direcommend kali ini adalah gewang berjenama Strike Pro. Model Flap Jack 75 atau 95. Gewang jenis panjang 7.5-9cm. Umpan yang bersaiz melebihi 7cm lebih senang untuk menarik perhatian ikan toman untuk menyambar umpan. Umpan bersaiz kecil pulak kurang menarik perhatian ikan toman untuk menyambar terutamanya dalam air yang pancaran cahaya yang susah nak mencapai. Kalau cahaya susah nak mencapai dasar air, maka pegerakan umpan kecil di dalam air akan menjadi susah utk ikan pemangsa perasaan. Terakhir jangan lupa untuk menukar hook dari gewang asal ke hook jenis 3x atau 5x. Hook yang lebih kuat dan tak senang terbuka.