Banax Kaigen Z 150 SL + Banax Hades Hair Tail

Masih ramai kaki pancing di luar sana yang tidak tahu tentang mesin elektrik yang ada dalam pasaran. Saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu berkaitan dengan mesin elektrik ini. Baru-baru ini TCE Tackles membawa masuk  mesin berjenama Banax Kaigen Z 150 SL dan apa yang lebih hebat adalah kayuhan mesin ini adalah di sebelah kiri, setakat ini hanya beberapa mesin elektrik yang mempunyai kayuhan di sebalah kiri. Dari segi harga Banax Kaigen Z 150 SL pula adalah sangat murah kerana “soft launching”, bagi sesiapa yang ada buat tempahan dan beli, saya nak ucapkan tahniah kerana mendapat harga yang sangat berbaloi.

Antara barang yang dapat adalah rod Banax Hades Hair Tail dan ajiking pro reel bag yang agak besar untuk letak reel dan perkakas lain, yang penting waterproof. Untuk pengetahuan korang, yang Banax Hades Hair Tail adalah rod yang sangat sensitif, lembut dan juga tahan lasak, kalau tak silap saya harga rod tersebut dalam RM 670 hingga RM 750, memang berbaloi la yang dapat rod itu. Kalau cari dekat online, harga rod tesebut cecah dalam ribuan ringgit.

Barang yang ada dalam kotak Banax Kaigen Z 150 SL adalah buku panduan, cable elektrik, pin tarik tali, 2 spool, power handle, double handle dan bag reel. Banax Kaigen Z 150 SL ini mempunyai 9 + 2 Bearing. Gear ratio pula 5.0:1. Max power Drag adalah sekitar 12KG dan berat mesin pula anggaran 400g sahaja. Bagi kapasiti tali pula adalah PE 1.5:250 M, PE 2:200 M dan PE 3:140M. saya tidak sarankan anda menggunakan reel tersebut di kawasan pedalaman laut yang melebihi 50M.

Saya telah mencuba di beberapa kawasan seperti di perairan kedah, peraiaran penang dan juga di peraiaran kemaman. Saya menggunakan mesin Banax Kaigen Z 150 SL untuk mencandat sotong, dengan adanya mesin ini, saya tidak berasa letih pada waktu malam. Kita boleh kawal kelajuan pada mesin tersebut.