Jenis dan fungsi perambut bottom

Ramai yang akan tertanya bagaimana dan bila perlu menggunakan perambut panjang atau perambut pendek. Saya akan kongsikan sedikit pengalaman saya semasa memancing di laut. Sebelum itu kita perlu tahu apa itu perambut. Perambut merupakan satu teknik atau kaedah yang paling senang untuk strike ikan dengan kombinasi tali tangsi, mata kail, batu ladung dan juga swivel. Teknik ini membolehkan anda memancing pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu siang atau malam. Perambut boleh mempunyai satu perambut, dua perambut, atau tiga perambut. Makin banyak perambut, makin tinggi peluang untuk mendapat ikan, akan tetapi terdapat kesan buruk iaitu umpan cepat habis atau perambut akan sipu serta berbelit dengan perambut lain.

Perambut pendek merupakan perambut tidak terlalu panjang dan pergerakkan umpan adalah terhad. Kebiasaan perambut tersebut panjang 15cm sehingga 20cm sahaja, tetapi terpulang kepada kaki pancing masing-masing. Perambut pendek ini sekali akan digunakan di lokasi yang mempunyai struktur seperti tukun, tempat karang, kapal karam dan juga kawasan berbatu buruk. Hal ini kerana tempat tersebut akan mudah sangkut dan perambut yang panjang akan membolehkan umpan masuk ke celah lubang lalu sangkut ataupun ikan makan terus masuk ke dalam sarang. Jadi penggunaan perambut pendek adalah lebih wajar untuk mengurangkan risiko sangkut dan lebih cepat hookup ikan berbanding perambut panjang.

Perambut panjang merupakan perambut yang mempunyai kepanjangan melebihi 1 depa atau 30cm. Kebiasaannya, 3 depa atau 2 depa panjang perambut. Perambut panjang ini akan digunakan semasa berada di kawasan yang tidak mempunyai struktur atau kawasan yang berbukit atau kawasan berlurah. Perambut yang panjang membolehkan umpan bergerak secara bebas dan mempunyai jarak yang agak jauh. Perambut ini juga sesuai bermain drifting iaitu bottom drift, boat tidak akan turun anchor tetapi boat akan bergerak mengikut arus. Bermain di kelong atau jambatan juga merupakan kegemaran kaki pancing.

 

Barang untuk setup perambut.

– Perlu sediakan tali tangsi 40lb atau 50lb. Seeloknya menggunakan tangsi yang keras.

– Matakail saiz 16 atau 18

– Batu Ladung saiz 5 atau 6