Hang Jenak Melaka
Perairan pantai barat memang sinonim dengan syurga spesis Jenahak (Golden Snapper). Jenahak di kawasan perairan ini boleh dipancing samaada menggunakan kaedah ‘bottom fishing’ menggunakan umpan udang lipan,cumi dan kurita ataupun kaedah ‘jigging’.
Untuk kaedah bottom fishing jenahak, ianya lebih kepada menanti ‘moment’ yang bermaksud waktu makan ikan jenahak. Setiap tekong mempunyai cara yang berbeza, namun kebanyakkan menanti ‘moment’ di mana pada waktu ini, semua pemancing perlu memastikan umpan berada di dalam keadaan baik dan tiada kes rabut atau putus berlaku. Tempoh moment tersebut tidaklah terlalu lama dan terlalu sekejap, semuanya bergantung kepada keadaan air dan arus.
Trip kali ini kami menggunakan kaedah ‘ bottom fishing’. Seperti biasa, kami menggunakan peralatan keluaran TCE Tackles yang merupakan kedai kelengkapan memancing terlengkap di seluruh Malaysia. Sesi pengujian kali ini kami menggunakan 3 setup yang berbeza iaitu menggunakan mesin elektrik (bangla), ‘lever drag’ dan ‘spinning’.
Kekili
Banax Kaigen Z 150 (electric)
Okuma Cavalla 5Iin (lever drag)
Ajiking Waho Jigmax (spinning)
Okuma ITX 4000 (spinning)
Joran
Ajiking Black Monster V2 (type S)
Ajiking Zigmax PE 3-5 (type C)
Ajiking Sea Master Jig (type C)
Okuma Metaloid ( type C)
Okuma Tessoro (type C)
Line
Momoi Jigmax 40lbs
Shinju 919 40lbs
Ajiking Super 836 40lbs
Umpan udang lipan merupakan strategi killer untuk menjerat Jenahak pada waktu siang di perairan ini, tidak perlu menunggu lama, Shuhairin yang menggandingkan Ajiking Black Monster V2 beserta Ajiking Wahoo Jigmax menaikkan seekor jenahak berskala 4kg. Beberapa ketika kemudian, Izwan menaikkan seekor lagi jenahak berskala 1.5kg.
Shuhairul yang menggunakan mesin elektrik Banax Kaigen Z 150 bersama Ajiking Zigmax PE 3-5 turut menerima sambaran, malangnya lucut kerana mata kail tidak tercangkup kemas di mulut ikan. Rosmaini yang menggunakan Okuma Cavalla baru bewarna biru, berjaya menghanyirkan kekili barunya dengan menaikkan seekor lagi jenahak berskala 2kg.
Keadan menjadi sunyi, mungkin disebabkan kes rabut yang berlaku, kami berpindah ke lubuk lain. Rosmaini sekali lagi memecah kesunyian dengan menaikkan seekor ikan Merah berskala 2kg. Tali pancing Izwan dan Shuhairul turut di larikan ikan, namun ikan berjaya melepaskan diri.
Kami berpindah lagi ke lubuk yang lain, kali ini Shuhairin menukar set pancingnya, gandingan Joran Okuma Metaloid bersama kekili Okuma Cavalla menjadi taruhan. Izwan mendahului dengan berjaya menaikkan Jenahak berskala 1.5kg. Shuhairin yang duduk bersebelahan Izwan juga berjaya menaikkan seekor lagi jenahak berskala 2.5kg tidak lama kemudian. Rosmaini juga turut menaikkan seekor jenahak remaja bersaiz 1kg.
Malangnya, kami hanya membawa 30 ekor udang lipan dan 20 ekor udang biasa. Dan kesemuanya telah habis. 30 ekor kurita yang masih berbaki 20 ekor tidak mahu disentuh jenahak atau penghuni dasar yang lain. Izwan yang berada di belakang bot menggunakan kepala kurita berjaya menjinakkan jenahak budak sekolah berskala 500gram. Menjelang 4 petang kami terpaksa pulang walaupun sepatutnya kami menunggu moment berikutnya pada sebelah malam.
Kesimpulannya, jenahak di perairan ini masih banyak dan majoriti size yang dinaikkkan pada waktu siang lebih kecil berbanding di waktu malam. Pada waktu siang, umpan sering di makan oleh ikan2 kecil, ketam dan kurita yang turut berkongsi habitat di dasar. Kaedah jigging juga boleh dilakukan sekiranya keadaan air tidak terlalu keruh dan arus tidak terlalu laju. Peralatan dari TCE Tackles juga bertindak cemerlang dan kepelbagaian jenis yang kami gunakan membuktikan ianya sangat sesuai untuk aktiviti bottom fishing walau di kedalaman sehingga 50m.