Pemandangan Luar Biasa Kota Belud
Sabah merupakan tumpuan pelancongan dalam negara mahupun luar negara, kerana pemandangan dan keindahan alam yang luar biasa. Pemancing-pemancing juga bole menikmati keindahan Gunung Kinabalu semasa memancing, pemandangan Gunung Kinabalu yang indah selalunya bole dilhat jelas dari arah laut pada awal pagi apabila matahari baru terbit. Lokasi yang kami pilih untuk memancing kali ni adalah di Kota Belud yang terletak di kawasan utara dari bandar Kota Kinabalu, perjalanan kereta sejauh 80KM untuk smpai ke spot memancing. Trip memancing kali ini adalah dikawasan laut yang tidak jauh dari darat dan kami memilih Teknik Jigging untuk memujuk ikan dikawasan ini. Dengan itu, gabungan peralat memancing haruslah bersesuaian dengan kawasan tempat memancing demi mengoptimumkan peluang strike ikan. Justeru itu, Joran Ajiking Baymax PE1.5-3, Kekili Ajiking Barramundi X, Tali Ajiking Buster 9 dan Bakau Jig menjadi pilihan pada trip kali ini, gabungan peralatan yang tepat ini berjaya menjinakkan Ikan Giant Travelly seberat 5.3kg walaupun pertarungan yang memakan masa hampir 4 minit. Ikan ketambak juga dapat dinaikkan untuk jamuan seisi keluarga.