Sebagai seorang pemancing, anda perlu mengetahui teknik untuk memancing. Namun disini, kita akan kenali Jigging. Jigging adalah Teknik memancing ikan di kedalaman dengan mempergunakan metal jig yang digerakkan secara vertikal menyerupai aksi live bait. Di antara kategori untuk jigging pula ialah light jigging. Light Jigging dilakukan pada kedalaman sampai dengan 40 meter dengan kelas piranti di bawah 30lb, umpan (jig) yang digunakan rata-rata di bawah 80g gram. Selain daripada itu, Heavy /Extreme Jigging. Kategori ini memerlukan stamina dan power yang extra. Kelas pirantipun extra heavy pula, karena jig yang digunakan 300 gram ke atas bahkan kadang-kadang sampai 1 kg.
Di samping itu, tidaklah sempurna jika tidak menggunakan alat yang betul. Untuk padankan laktiviti light jigging ini, kita perlu menggunakan Metal Jig. Biasanya disesuaikan dengan kemampuan joran/rod yang digunakan, kedalaman dari lokasi dan kuatnya arus di lokasi. Warna tidak banyak berpengaruh, yang penting mudah dilihat/menarik perhatian ikan. Semakin dalam atau semakin gelap kedalaman laut tersebut, umpan yang digunakan perlulah yang berwarna terang/berpendar (iluminous). Untuk kegunaan joran pula, kebiasanya joran yang sesuai adalah joran antara 5 hingga 7 feet. semakin panjang jorang tersebut, semakin bagus tarikan pemancing untuk melakukan light jigging, namun ianya lebih memenatkan terutama apabila sedang memainkan umpan-umpan berat atau melawan dengan ikan yang besar. Jika menggunakan joran yang pendek ia dapat mengurangkan kegunaan stamina dan lebih mudah semasa hendak memancing.