Gunung Kinabalu, Sabah

Pelian Sabah

Golden Mahseer sebagai nama panggilan antarabangsa, ikan ini mempunyai warna keemasan yang menarik perhatian ramai pemancing di Sabah mahu pun dari Semenanjung Malaysia untuk berkunjung ke Sabah demi merasa tarikan pemangsa yang menawan ini. Ikan ini berpenghuni di kawasan jeram air yang mengalir laju dari Gunung Kinabalu. Justeru itu, ikan Pelian ni sangat terkenal dengan kekuatannya yang luar biasa, walaupun bersaiz kecil, tanpa adanya teknik mancing yang betul, ikan ni mampu meluruskan mata kail atau memutuskan tali pemancing dengan pecutannya di tambah lagi dengan arus jeram yang laju. Namun, spesis ikan ini bole dijinakkan menguna peralatan yang betul, antaranya peralatan yang saya guna ialah, Kekili OKUMA CEYMAR C-20, Joran OKUMA NEMESIS 2-6lbs, Tali TOMMAN 4lbs, Perambut SHINJU FLOROCARBON 15lbs, dan Gewang Shinju Minnow. Saya memilih gabungan peralatan ini kerana saya yakin dengan potensi dan kualiti barang tersebut.

One thought on “Gunung Kinabalu, Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *