Kolam Fantasy, Kg.Labak, Kinarut Papar, Sabah

Keli Afrika

Pertandingan memancing yang menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan sering kali dianjurkan dikolam-kolam pancing terutamanya kolam ikan air tawar. Antara ikan-ikan kebiasaan yang ada dikolam air tawar di Sabah adalah ikan Keli Afrika, memandangkan ikan tersebut mempunyai daya stamina yang tinggi serta daya melawan yang kuat, maka kolam air tawar Fantasy menjadi pilihan untuk memancing pada kali ini. Gabungan peralatan yang digunakan pada trip mancing kali ini adalah Kekili Ajiking Cast Game Color Up, Joran Ajiking Black Bull 8-17lbs, Tali Ajiking Legend Braid 20lbs, Perambut Shinju Fluorocarbon 30lbs. Hampir 15 ekor ikan keli yang berjaya didaratkan pada trip kali ini, dan gabungan peralatan tersebut tidak menjadi masalah untuk menjinakkan ikan keli yang bersaiz 6kg.