Kerapu Hybrid
Tujuan trip mancing kali ini adalah untuk menguji ketahanan joran, tali dan mesin daripada Ajiking. Justeru itu, Kolam yang dipilih sebagai tempat untuk memancing adalah kolam Ko-Nelayan yang terletak di Tuaran Sabah, kerana ikan-ikannya menepati saiz dan kekuatan untuk menguji peralatan tersebut. Gabungan peralatan yang diguna adalah, Joran Ajikiing Zigmax PE2-4, Kekili Ajiking Pro Max 4000, Tali Ajiking Buster 9 80lbs. Antara sasaran utama adalah ikan kerapu Hybrid yang bersaiz gadang dan hanya menggunakan umpan ikan basung, ikan-ikan pemangsa tanpa segan-silu membaham umpan kerana ikan-ikan dikolam tersebut akan diberi makan ikan basung setiap hari. Berkat kerjasama dari rakan-rakan, lebih daripada 20 ekor ikan bersaiz 4-12kg berjaya didaratkan pada hari tersebut tanpa ada masalah beserta gambar yang berkualiti.