Kolam Ikan Patin

Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) merupakan spesies ikan yang hidup di air tawar sebagai contoh kawasan lombong, sungai dan sebagainya. Ikan patin kerap kali dijadikan sasaran terutama kaki pancing kolam berbayar dek kerana saiznya yang mampu mencapai 20kg. Memancing di kolam berbayar sudah tidak asing lagi bagi kaki pancing di Malaysia dengan konsep santai yang diketengahkan oleh pengusaha kolam berbayar.

Namun sebelum anda memancing spesis ini anda haruslah menyediakan kelengkapan yang sebaiknya dari segi peralatan atau senjata bagi menewaskan ikan ini. Saya memilih kelengkapan pancing dari jenama Ajiking, setup yang saya gunakan adalah joran Ajiking X 8-17lb bersama kekili Ajiking Black Bull 3000 berkekuatan drag maksima 4.5kg dan tali tangsi Ajiking Nippon 15lb cukup meyakinkan saya untuk mendaratkan ikan yang dicari.

Anda boleh dapatkan set pancing seperti yang saya gunakan di TCE Tackles cawangan berdekatan atau membeli belah secara atas talian di Shopee dengan hanya tekan pada link ini https://shopee.com.my/tcetacklesestore?smtt=0.0.9.