Air Pasang & Air Surut

Dalam aktiviti memancing ini, kita bukan sahaja perlu tahu mengenai alat yang perlu digunakan. Namun, perlu dititik beratkan juga arus untuk mengenalpasti selera ikan. Artikel ini akan membincangkan pasang surut air yang dapat digunakan dalam aktiviti memancing dan kepentingan arus. Pasang surut air memberi kesan terhadap keaktifan ikan tersebut. Namun sebelum itu, adakah anda tahu bagaimana air pasang surut ini berlaku? Pasang surut lautan ini terjadi akibat daripada 3 faktor iaitu putaran bumi, graviti matahari dan graviti bulan.  Dan gabungan ini memberi impak kepada kejadian air pasang surut.

Tips untuk memancing ketika air pasang

  1. Kapal karam atau struktur yang tenggelam
  2. Kawasan yang mempunyai tumbuh rumpai laut
  3. Kawasan Tiram
  4. Tayar atau batang kayu

 

Tips untuk memancing ketika air surut

  1. Tempat yang berbakau
  2. Kawasan dalam seperti muka kuala

Kita harus sedar bahawa ikan tidak akan makan sepanjang hari. Oleh itu, masa yang tepat adalah sangat kritikal. Ikan selalunya galak ketika air mula pasang dan ketika mula bergerak surut. Ini kerana aktiviti makan ikan berlaku apabila wujud pergerakan arus semasa air pasang atau air surut. Aktiviti ikan kemudian akan terhenti apabila air mati (tiada pergerakan arus)