Habitat Ikan GT

Ikan Gerepoh atau lebih popular dengan namanya sebagai Ikan GT (giant trevally) merupakan sejenis ikan yang selalunya dikenali dengan fizikalnya yang berwarna putih-perak ataupun hitam dan adakalanya ikan ini juga berwarna keemasan. Nama saintifik ikan ini ialah Caranx Ignobilis.

Habitat ikan GT selalunya berdekatan kawasan muara sungai sehingga ke bahagian lautan secara spesifiknya dalam kawasan yang mempunyai terumbu karang. Pemilihan habitat ini mungkin dipengaruhi oleh faktor yang mengaitkan kebolehan ikan GT untuk beradaptasi dengan kawasan air yang mempunyai paras saliniti tidak kira tinggi ataupun rendah. Sebagai info tambahan saliniti bermaksud tahap kemasinan ataupun kandungan garam yang terkandung di dalam sesuatu larutan.

Jika kita memfokuskan pemerhatian habitat bagi ikan GT dewasa, kita dapat melihat bahawa ikan dewasa lebih memilih untuk berpindah ke kawasan lautan dalam yang mempunyai arus dan kadangkala ikan ini juga boleh dijumpai berlegar di kawasan tanjung atau kawasan persisiran yang cetek untuk mencari makanan.

Secara kuantitatifnya, ikan ini selalunya boleh diperolehi di kawasan perairan yang berdekatan dengan kawasan yang mempunyai iklim tropika panas seperti di Lautan Hindi atau pun Lautan Pasifik. Lokasi yang sering menjadi perhatian kaki pancing untuk memburu ikan ini ialah Afrika Selatan, Pulau Solomon, Filiphina, India, Taiwan, Thailand, Selatan Australia dan juga Hawaii. Di Malaysia, ikan GT yang bersaiz besar lebih mudah diperolehi di kawasan pelantar minyak.