Teluk Intan, S.Pillay Perak

Pada waktu pagi yang indah murni ini, kami Tce Tackles Pro Fishing Team telah menjelajah ke barat tengah iaitu Teluk Intan, Perak. Kami sampai ke Teluk Intan, Perak. Pasukan kami mempunyai 5 orang yang terdiri daripada Mr. Andrew, Mr. Addy, Mr. Nick, Mr. Alan dan saya Mr. Johhny. Pada waktu malam lebih kurang pukul 9 malam. Semasa perjalanan ke Teluk Intan, kami perlu melalui jalan yang agak gelap dan selekoh yang berbahaya. Kami pun pandu kereta dengan cermat dan berhati-hati. Setelah tiba di pekan Teluk Intan, kami terus ke hostel kami iaitu di cawangan TCE Tackles Sithambaram Pillay atau lebih dikenali sebagai S.Pillay untuk berehat. Sebelum berehat, kami berlima berkumpul di bilik dan ikat mata kain udang.

Kali ini kami menggunakan mata kail DXR888 yang bersaiz 3 dan DX4206 juga bersaiz bersaiz 3. tali pula menggunakan tali tomman bersaiz 8lb, 10lb dan 15lb sahaja kerana sungai perak atau sungai “Ang Sun” mempunyai ikan patin, ikan tilan, ikan baung ekor merah dan yang tentunya udang galah yang banyak dan bermacam-macam lagi. Selepas siap ikat mata kail udang, kami menyediakan peralatan memancing masing-masing. Kali ini saya menggunakan rod Ajiking Lili model AL 100-130, panjangnya 1 meter hingga 1.3 meter, line test 0.5 – 2 LB dan Max load 3KG. Rod Ajiking Lili ini di reka khas untuk memancing udang galah dan sangat sesuai untuk turun padang buat kali ini. Apa kelebihan rod ini adalah boleh panjangkan dari 1 meter ke 1.3 meter dan rod ini adalah middle joint. Mesin pula saya menggunakan mesin Ajiking Barramundi Light 5, iaitu 5 bearing dan 1 bearing undur, gear ration adalah 5.0:1. Mesin ini sangat kecil tetapi mempunyai meterial Graphite di badannya. Aluminium pada spool dan sangat ringan. Tidak lain dan tidak bukan lagi, mesin ini sangat sepadan dengan rod ajiking Lili tersebut. Tali pula saya menggunakan jenama Tomman bermodel rotan. Saiz tali adalah 10LB sahaja. Akhir sekali saya menggunakan batu ladung hidup yang bersaiz 4 dan saiz 5.

Pada keesokkan pagi, kami bersarapan di kedai berhampiran dengan hostel kami. Semasa bersarapan pagi, kami berkongsi maklumat tentang pancing udang dan pancing ikan di kawasan yang menarik. Kami sempat makan “Dim Sam” di Teluk Intan dan rasanya amat sedap dan jika ada peluang lagi saya akan datang makan. Selepas itu, kami tolak ke lokasi jeti. Perjalanan ke jeti mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai. Apa yang menarik adalah kapalnya adalah yang ubahsuai dari satu kapal kepada dua kapal gambungan. Ini adalah pertama kali saya melihat kapal tersebut, menurut tekong yang bernama Ah Gao. Dia mengubah kapal ini adalah kerana untuk menampung permintaan dari kaki pancing yang ke sini. Kebanyakkan mereka berkumpulan dan ramai, jadi tekong kapal mengubah kapalnya dari kapasiti yang kecil ke kapasiti yang besar.

Setelah tiba di lokasi yang pertama, kami semua turunkan batang pancing. Tanpa sedari, tekong kami telah berjaya mendaratkan udang galah yang pertama. Selepas itu diikut oleh Mr. Andrew. Gaya dan aksi yang menarik dan profesional yang dipamerkan oleh mereka semasa mendaratkan udang galah. Selepas beberapa minit kemudian, semua orang berjaya mendaratkan udang yang besar. Tiba-tiba, batang pancing Mr. Alan mempamerkan tarikan yang sangat kuat, pada mulanya kami menyangkakan udang galah yang besar, tetapi selepas 10 minit bertaruh dengan benda yang tidak diketahui, Mr. Alan telah berjaya mendaratkan ika tilan yang 1kg lebih. Ini telah memeriahkan kami semua kerana ikan tilan sekian lama tidak didaratkan oleh mereka. Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari udang galah yang besar. Pada waktu pagi, air sungai agak perlahan dan jenih. Tetapi pada waktu sebelah petang, air sungai semakin laju dan kami terpaksa guna batu ladung yang besar untuk menampung berat supaya tidak mengalir jauh.

Pada jam 2.30 petang, saya merasakan tarikan yang sangat kuat dan saya cuba melawannya tetapi tidak berhasil kerana tarikan yang menakjukan. Selepas 5 minit saya telah berjaya mendaratkan udang galah gergasi yang kepala udang galah yang bersazi 9cm diameter dan panjang badan lebih kurang 18-19 cm dan sepit biru satu per tiga depa orang dewasa. Ia amat menakjukan kerana saiz udang galah yang sangat luar biasa dan agak susah untuk didaratkan. Kami semua bergambar dengan udang galah tersebut dan suasana yang amat gembira kerana berjaya dapat udang galah gergasi. Selepas itu, kami terus mencari udang galah yang besar tersebut, tetapi tidak kesampaian. Kami percaya dan akan kembali lagi ke sungai perak untuk terus mencari udang galah gergasi itu.

Pada waktu malam, kami semua berkumpul di sebuah restaurant dan menggunakan hasil tangkapan udang galah hari ini untuk makan. Jumlah keseluruhan udang galah yang berjaya didaratkan adalah lebih kurang 5kg dan seekor ikan tilan. Kami berasa gembira kerana mendapat hasil yang begitu banyak dan kenangan yang indah. Walaupun tidak berjaya mencari udang galah gergasi tetapi kami sekurang-kurangnya berjaya mendaratkan seekor udang galah gergasi. Akhir kata, saya sangat berterima kasih kepada Pro Fishing Team dan tekong Gao yang mahir membawa kami ke lokasi yang banyak hasil.