Pemilihan tali pancing merupakan salah satu aspek yang perlu diutamakan dalam penyediaan alatan untuk memancing. Lain orang lain caranya maka dengan itu lainlah pula jenis pancingan yang sering digunakan setiap orang. Segelintir kaki pancing mungkin lebih menyukai penggunaan tali pancing braided, segelintir pula lebih memilih untuk menggunakan tali pancing Mono dan ada juga yang lebih [ Read More ]
Monthly Archives: November 2022
Tahukah anda bahawa haiwan termasuk ikan juga boleh mengalami pemyakit albino? Ya, sudah semestinya memandangkan ikan juga sejenis hidupan yang masih terdedah kepada kemungkinan kekurangan kandungan melanin. Melanin merupakan bahan penting dalam penghasilan warna kulit, mata dan rambut untuk hidupan di dunia ini. Kekurangan melanin yang dibawa oleh induk sesuatu spesis menyebabkan terjadinya albinisme atau [ Read More ]
Tergolong dalam genus Barbonymus, Ikan Lampan secara lazimnya boleh dipecahkan kepada dua jenis iaitu Lampam Jawa atau Lampan Sungai. Perbezaan bagi kedua-dua jenis ikan ini adalah dari segi asal-usulnya. Ikan Lampam Jawa merupakan ikan import yang dibawa masuk daripada Indonesia untuk dijadikan produk akuakultur dan Lampam Sungai merupakan ikan tempatan yang berasal dari negara kita [ Read More ]
Ikan Haruan sering dicadangkan pengambilannya dalam pemakanan apabila melibatkan ibu-ibu yang baru bersalin terutamanya secara Czer. Tetapi secara umumnya ikan ini sangat sinonim sebagai makanan yang ‘wajib’ dalam proses penyembuhan luka. Nilainya yang tinggi sering menjadi salah satu punca ikan ini menjadi buruan para pemancing. Channa striata yang merupakan nama saintifik Haruan dikatakan spesis ikan [ Read More ]
Kawasan jeram merupakan kawasan yang mempunyai air terjun di sungai. Lokasi ini dikatakan sedikit mencabar kerana kaki pancing perlu menyesuaikan diri dengan keadaan aliran air sungai yang mungkin sahaja deras. Oleh itu terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan langkah keselamatan ketika memancing di kawasan tersebut. Sebelum kita mendalami tips yang akan diutarakan, adalah molek sekiranya [ Read More ]
Dianggap sebagai satu simbol kejayaan, ikan kerapu mempunyai isinya yang sedap, sangat susah didapati dan amat bernilai tinggi di pasaran. Kawasan laut yang berstruktur merupakan lubuk untuk mencari ikan ini tetapi ianya masih susah didapati kecuali di sesetengah lubuk yang amat jarang dikunjungi oleh nelayan dan pemancing. Kerapu seringkali digambarkan sebagai pemangsa yang menyambar mangsanya [ Read More ]
Musim monsun merupakan waktu di mana angin bermusim di Asia Selatan bertiup dari Barat Daya pada musim panas dan Timur Laut pada musim sejuk. Perubahan angin monsun selalunya akan menyebabkan musim hujan sewaktu monsun Barat Daya bertiup dari bulan April hingga Oktober. Lazimnya bagi kaki pancing musim ini boleh sahaja menjadi musim mencabar untuk mereka [ Read More ]