Kolam ini terletak di daerah Kota Belut Sabah yang mengambil masa sekitar 2 jam perjalanan daripada bandar Kota Kinabalu. Rikaraya mempunyai beberapa kolam yang terbahagi, antaranya ialah kolam Nindo (Tangkap dan bawak balik) RM40 untuk 3 Jam, Nilpan (Tangkap dan lepas) RM15 untuk 1 Jam, dan juga Kolam F untuk tujuan penternakan ikan-ikan pemangsa seperti ikan siakap, kerapu dan ikan putih. Purata saiz ikan yang berada di Rikaraya bermula dari 500g hinggalah mencecah 20kg.
Pemancing-pemancing haruslah menyediakan peralatan yang bersesuaian supaya tidak berputih mata apabila ikan pemangsa yang bersaiz gadang membaham umpan. Antara syarat dikolam ini juga mempraktikan pengunaan single hook atau dikenali sebagai matakail 1 mata sahaja demi mengurangkan kecederaan ikan semasa bertarung. Peralatan yang digunakan pada trip kali ini adalah kekili Ajiking Cast Game Color Up, Joran Ajiking Black Bull 8-17lbs, Tali Benang Ajiking Legend Braid 20lbs, Perambut Shinju 100% FC 40lbs, gewang pulak mengunakan soft plastic udang.
Teknik mancing pulak lebih kepada karauan perlahan, kerana ikan-ikan kolam ini mempunyai tekanan dan perlukan masa serta kesabaran yang tinggi untuk memujuk ikan sambar gewang. Antara ikan yang banyak dan berjaya dinaikkan pada trip kali ini adalah ikan Kerapu dan siakap, Jutaan Terima Kasi juga diucapkan kepada tuan kolam iaitu Datuk Anjin Ajik dan juga Azahari Ajik kerana memberi kami peluang untuk mancing dan merasakan sendiri tarikan padu sang induk siakap serta juga kerapu.